Tabung Khairat Kematian Masjid Taman Pulai Indah, Johor Bahru (TKKMTPI) adalah satu
tabung kebajikan yang ditubuhkan oleh Masjid Taman Pulai Indah (MTPI. TKKMTPI ini
diamanahkan kepada Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan, MTPI dan diuruskan mulai bulan
Januari, tahun 2018
TKKMTPI ditubuhkan untuk memenuhi objektif berikut:
a . Menyediakan kos perbelanjaan pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku musibah kematian dengan kadar segera.
b . Mengurus dan mengumpul wang Tabung dengan teratur dan bertanggungjawab.
c . Menyediakan peluang kepada ahli kariah untuk sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan (infaq) dengan cara membantu ahli atau tanggungannya yang memerlukan bantuan apabila ditimpa musibah kematian.
Kelayakan
Dibuka kepada semua penduduk Islam dalam kariah MTPI samada penduduk tetap atau sementara (penyewa).
Tempoh Minima Mendapat Manfaat
Tiada tempoh minima untuk mendapat manfaat atau kemudahan. Ahli layak menuntut manafat sebaik sahaja mendaftar dengan syarat ahli dalam keadaan sihat dan tidak koma semasa mendaftar
Maksud Ahli dan Tanggungan Ahli
Jumlah Ahli Keluarga Menerima Manafaat
Faedah khairat dalam satu keluarga (rujuk perkara 4) adalah untuk seramai maksima 3 orang sahaja bagi tempoh satu tahun. Faedah ini juga mengambilkira ahli/keluarga yang meninggal dan dikebumikan di Taman Pulai Indah.
Pendaftaran Ahli Keluarga Secara Berasingan
Sumbangan Yuran Tahunan
Sumbangan yuran tahunan TKKMTPI adalah sebanyak RM40.00 untuk seorang ahli dan tanggungannya yang sah. Bayaran boleh dibuat kepada AJK yang dilantik atau wakil kawasan/Fasa masing-masing.
Yuran Pendaftaran
Yuran pendaftaran dikenakan RM10.00 sekali seumur hidup. Ahli yang mendaftar akan
diberikan satu kad keahlian.
Ahli Yang Berpindah Kawasan Membayar Yuran Penuh
Seseorang ahli yang telah membayar yuran tahunan SEPENUHNYA dan kemudian berpindah keluar dari Taman Pulai Indah dalam tempuh tahun berkenaaan adalah LAYAK menuntut manafaat TKKMTPI sekiranya berlaku musibah setelah berpindah.
Ahli Yang Berpindah Kawasan TIDAK Membayar Yuran Penuh
Seseorang ahli yang TIDAK membayar yuran tahunan sepenuhnya dan berpindah keluar dari
Taman Pulai Indah dalam tempuh tahun berkenaaan adalah TIDAK LAYAK menuntut manafaat
sekiranya berlaku musibah kematian setelah berpindah. Manakala ahli yang tidak membuat
bayaran pembaharuan selama 2 tahun berturut-turut maka keahliannya tidak aktif. Untuk
aktifkan semula dikehendaki membuat bayaran tahunan yang tidak dijelaskan termasuk yuran
ahli baru
Kelebihan dan manfaat menyertai PKKKMTTS adalah untuk meringankan kos pengurusan jenazah bagi keluarga si mati dan menguruskan hal-hal kebajikan dengan segera. Apabila berlaku kematian wang bantuan yang akan dikeluarkan adalah seperti di bawah:-
| Bil | Penerima Faedah/Manafaat | Kadar Faedah (RM) |
| 1 | Ahli | 1000 |
| 2 | Pasangan Ahli | 1000 |
| 3 | Anak : Telah lahir ke dunia sekurang2nya sebulan dan berumur tidak
melebihi 23 tahun | 500 |
| 4 | Anak yang meninggal dalam kandungan : 5 – 9 bulan | 100 |
| 5 | Anak angkat : mempunyai dokumen yang sah | 500 |
| 6 | Ibu/Bapa ahli tinggal bersama dalam tempoh masa 6 bulan ke atas | 800 |
| 7 | Ibu/Bapa ahli tidak tinggal bersama | 200 |
| Waktu
Dan
Perkara Urus/KOS | Dalam
Kawasan
( Siang ) | Dalam
Kawasan
( Malam ) | Luar
Kawasan
( Siang ) | Luar
Kawasan
( Malam ) | ||||||||
| Mandi dan Kafan | 180 | 200 | 180 | 200 | ||||||||
| Set kain Kafan | 230 | 230 | 230 | 230 | ||||||||
| Caj Van Jenazah | FOC | FOC | FOC | FOC | ||||||||
| Talkin | 50 | 70 | 50 | 70 | ||||||||
| Pengurusan Kubur | 400 | 500 | 400 | 500 | ||||||||
| Elaun Pemandu | 80 | 100 | 80 | 100 | ||||||||
JarakPerbatuan(Pergi Balik) Caj PerbatuanNya |
| |||||||||||
| Total Kos (RM) | 940 | 1100 | 970 | 1310 | ||||||||
Baki Ahli Terima (Dari manafaat RM1000) | 60 | -100 | 30 | -310 | ||||||||
*Nota: Jumlah kadar bayaran adalah berubah dari masa kesemasa mengikut pihak
pengurusan tanah perkuburan dan pengurusan jenazah. Kos Tol juga adalah di bawah
tanggungan waris
Bagi melancarkan urusan pengurusan jenazah dan tuntutan bayaran, ahli atau waris dimohon untuk menyerahkan satu salinan (fotokopi) dokumen berikut kepada pihak pengurusan:
Maklumat Pengurus Tanah Perkuburan
| Tanah Perkubran Kngkar Pulai | Tn Hj Mahmud | 01370940 |
| Tanah perkuburan Bkt Alif | Tn Hj Majid | 0127553187 |